Saturday, July 18, 2009
PERMATA, TERAS KAYU DAN BESI
Alhamdulillah..dengan keizinan dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T. maka dipersembahkan kepada peminat-peminat permata, teras kayu dan besi akan sebuah lembaran blog yang merupakan coretan seorang anak muda yang masih berjalan atas nama kecintaan kepada yang Maha Berkuasa dalam mengenali rahsia-rahsia alam ciptaanNya. Awalul kalam..hamba mengalukan saudara-saudara yang ingin berkongsi pendapat mahupun yang mahu memberikan pandangan kepada blog dan segala isi di dalam blog ini. Perlu diingatkan bahawa segala isi blog ini lebih bersifat perkongsian ilmu demi semangat dan kecintaan kepada warisan-warisan ilmu yang tampak semakin suram dan kusam di dalam jiwa anak-anak muda hari ini. Semoga dengan kewujudan blog ini, dapatlah sedikit sebanyak hamba menghidupkan kembali pembudayaan ilmu permata, terasa kayu dan besi di kalangan kita. Segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala kekurangan itu datangnya dari hamba ini,namun kedua-duanya bersandarkan daripada keizinan dan kekuasaanNya selaku yang maha satu dan tiada dua. BiIznillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment